Akaun firdausi.onpay.my telah dibekukan. Segala kesulitan yang dialami adalah amat dikesali.

BENGKEL LUKIS HAFAL SURAH JUZ AMMA

BENGKEL LUKIS HAFAL SURAH JUZ AMMA

Bengkel Lukis Hafal ini adalah alternatif terkini dalam memupuk kecintaan anak-anak pada al-Quran melalui kaedah melukis sekali gus menghafal surah.

Sesuai untuk anak-anak berumur 5-10 tahun yang mempunyai minat, kecenderungan dan berpotensi dalam melukis. 

Anak-anak akan dibimbing oleh pelukis berpengalaman yang menggelarkan namanya sebagai Nasrul Ustaz Kartun.


* * *

Program ini berkonsepkan 'melukis' yang dapat mendorong dan melatih kanak-kanak memahami maksud ayat daripada surah al-Quran.

Lukisan ini seterusnya akan membantu kanak-kanak menghafal surah tersebut dengan kefahaman. 

Bagi kanak-kanak yang minat melukis, aktiviti ini membantu mereka mengasah bakat, mengembangkan idea dan kreativiti. 

Buat ibu bapa yang berdekatan, jom hantar anak-anak anda. 

* * *

❓Mengapa anak-anak digalakkan mengikuti bengkel ini?

Kerana Ustaz Kartun akan, 

  • ☑️Menerangkan dengan lebih mendalam tentang setiap surah sehingga anak-anak boleh memahami maksud setiap ayat.
  • ☑️Memupuk rasa gembira dan seronok dalam diri anak-anak sewaktu menghafal al-Quran.
  • ☑️Menggunakan ilustrasi yang menarik yang memberikan gambaran menyeluruh setiap ayat.
  • ☑️Memupuk minat anak-anak dekat dan cinta al-Quran.


Insya-Allah, kita berusaha, hasilnya Allah tentukan. 

Berikan keseronokan kepada anak-anak menghafal al-Quran melalui kaedah melukis yang santai dan menyeronokkan. 

Insya-Allah, pelaburan yang berbaloi demi melahirkan generasi muda yang bukan sahaja menghafal al-Quran, tetapi turut memahami ayat yang dibaca dan dihafal.